prepare to be emazed

Creating your website,

it will only take a few seconds!

TB

aiman_kagawa93
BATUK KERING                (TB)
Disediakan oleh :
Lem Han Wei
Aiman Izzuddin bin Mohd Arshad
Ibrahim bin Mohd Junus
Pensyarah : 
Puan Nur Diyana binti  Sanuddin
Batuk kering atau Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru(Innes JA, Reid PT, 2005). Namun, ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti tulang, sendi, organ pembiakan dan perkumuhan, usus, kulit, selaput otak (tuberculous meningitis) dan lain-lain.(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014)
DEFINISI
Agen penyebab
Mycobacterium tuberculosis, iaitu bakteria berbentuk rod.Manusia juga boleh dijangkiti tuberculosis bovine yang disebabkan oleh M. bovis.
Cara jangkitan
Melalui udara apabila seorang pesakit yang menghidap tibi batuk atau bersin, bacteria ini boleh menjangkiti individu yang berada berhamoiran dengan pesakit Tibi tersebut.. TB Bovine (yang disebabkan oleh Mycobacterium bovis) menular melalui pemakanan yang tercemar, produk tenusu yang tidak dipasteur dari lembu yang dijangkiti. M.tuberculosis boleh berjangkit, tetapi kebanyakan jangkitan tidak menyebabkan penyakit. Risiko mendapat penyakit adalah 5 hingga 10% semasa hayat, tetapi boleh meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya faktor kurangnya daya ketahanan tubuh (contohnya jangkitan HIV).
Tempoh pengeraman
2 hingga 10 minggu
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014)
1/3 dari penduduk dunia dijangkiti TB
Hampir 9 juta orang menghidap penyakit TB setiap tahun
2 juta kematian setiap tahun
Penyebab utama kematian dari agen tunggal dalam kalangan orang dewasa di negara membangun
Kadar insiden adalah tinggi di benua Afrika, Asia dan Amerika Selatan
TB adalah salah satu masalah kesihatan utama di seluruh dunia. Ia juga merupakan penyakit berjangkit yang muncul semula. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan:
(World Health Organization, 2014)
Statistik Tuberkulosis (TB) Malaysia
Di Malaysia, penyakit TB pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.
Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut laporan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas
World Health Organization, 2014)
Pertambahan Kes TB di Malaysia 2005 - 2011 (Malaysia Health Technology Assessment Section (MaHTAS), 2012)
Golongan yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jankitan TB
Bayi, kanak-kanak, dan golongan tua.
Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan seperti penghidap penyakit HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure) atau pesakit penyakit kanser.
Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang menrendahkan tahap daya ketahan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ. Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.
(Nantha, S. 2014)
Tanda dan Gejala
Batuk berterusan melebihi dua (2) minggu
  
   Batuk berkahak dan kadang-kala berdarah 

      Hilang selera makan dan susut berat badan

          Demam
 
             Sukar bernafas (Dispnea)
 
                 Berpeluh di waktu malam 

                    Sakit dada 

                       Suara serak
Diagnosia
Diagnosa makmal dilakukan melalui pemeriksaan kahak pesakit Tibi (sputum Asid fast bacilli0 atau pemeriksaan cecair atau dalam tisu badan yang lain.
Diagnosa penyakit TB turut disahkan dengan cara pengkulturan M. tuberculosis dari kahak atau spesimen pernafasan yang lain untuk TB pulmonari dan cecair atau tisu badan lain yang terjejas untuk TB luar pulmonari.
Secara purata, ia mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk proses kultur dan mengenal pasti M. tuberkulosis, walaupun menggunakan teknik kultur yang cekap.
Diagnosa penyakit TB dilakukan berdasarkan kriteria klinikal sekiranya tiada pengesahan mikrobiologi.
Rawatan
Penyakit TB dirawat dengan rawatan pelbagai ubat selama 6 bulan (isoniazid, rifamipicin, ethambutol dan pyrazinamide selama 2 bulan, diikuti dengan isoniazid dan rifamipicin selama 4 bulan).
Bagi TB rentan ubat.(Drug resisant) lebih sukar dirawat. Ia memerlukan 4 hingga 6 jenis ubat selama 18 sehingga 24 bulan dan rawatan pula perlu dilakukan oleh pakar yang terlatih.
PENCEGAHAN
Diberi suntikan Imunisasi Bacille Calmette Guerin 
Faktor Pendorong
Sistem immuniti yang rendah : beberapa faktor yang menyebabkan sistem immunity yang rendah adalah seperti : penyakit- penyakit yang memusanahkan sistem immuniti (cth : HIV/AIDS, diabetes, sakit buah pinggang kronik, beberapa kes kanser, sakit peparu silicosis) , pengambilan corticosteroid, beberapa ubat merawat arthritis, ubat kemoterapi dan ubat – ubat lain yang merendahkan immuniti. 
Hubungan rapat : berhubung rapat dengan pesakit TB Aktif dalam jangka masa yang lama. Maka kemungkinan untuk dijangkiti adalah besar jika pesakit TB adalah dikalangan ahli keluarga, rakan sebilik, teman rapat atau rakan sekerja.
Negara epidemik: Penduduk di negara-negara epidemik TB seperti sub-Saharan Africa, India, China, Kepulauan Asia Tenggara, Soviet Union adalah lebih terdedah kepada penyakit TB
Umur : Golongan orang tua adalah lebih terdedah kepada penyakit TB kerana sistem immunity yang kian rendah.
Penggunaan ubat dan alkohol : penggunaan dalam jangkamasa yang panjang boleh merendahkan sistem immunity menyebabkan mudahnya diserang penyakit TB.
Kurang Nutrisi : diet yang tidak seimbang dan rendah kalori menjadikan anda mudah dijangkiti TB.
Kurangnya penjagaan kesihatan
Bekerja di kawasan yang sesak dengan pengudaraan yang kurang baik.
Pekerja-pekerja kesihatan seperti doktor, jururawat dan lain-lain yang sentiasa berhubung rapat dengan pesakit. Dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan.
Langkah Mengatasi
Pastikan sistem immuniti anda dalam keadaan yang baik dan bagus. Diet yang sihat, tidur yang cukup, senaman yang konsisten dapat menyumbang kepada sistem immuniti yang baik.
Menjalankan ujian kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sistem immuniti yang rendah.
Jika anda disahkan menghidap TB Tak Aktif, ambillah langkah berjaga-jaga. Lazimnya, doktor akan menasihati anda untuk mengambil ubatan bagi mengelakkan anda dijangkiti TB Aktif yang lebih teruk dan berkebolehan merebak
Jika anda adalah pesakit TB, pastikan rawatan yang anda ambil adalah efektif bagi mengelakkan diri anda dan orang awam dijangkiti penyakit TB.
Elakkan keluar dari rumah dan tidur bersama orang lain sekiranya anda berada dalam rawatan TB Aktif untuk beberapa minggu pertama
Pastikan pengudaraan yang baik di sekeliling anda.
Tutup mulut anda dengan tisu jika anda bersin, batuk atau gelak. Pastikan tisu dibuang dengan baik bagi mengelakkan jangkitan pada orang lain.
Rawatan selalunya akan mengambil masa dua hingga tiga minggu agar TB yang menjangkiti anda tidak lagi merebak.
Pastikan anda menutup mulut dengan topeng mulut sepanjang tempoh tersebut. 
KESIMPULAN
TB adalah penyakit yang boleh dielakkan. Cara terbaik adalah dengan memastikan pesakit-pesakit TB mendapatkan rawatan sepenuhnya bagi mengelakkan penyebaran penyakit kepada orang awam. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih boleh diambil oleh orang awam bagi mengelakkan diri anda dari dijangkiti TB.Oleh itu , “Cegah Sebelum Terlambat”
THANK YOU .......
; ;

emaze